
Journal Stickers
Note To Self (1.0)
“Self-reminder" di mana-mana ;)
Set mini 'journal stickers' ini mengandungi pelbagai kata-kata dan nasihat yang
baik sebagai ingatan buat diri sendiri.
Sangat sesuai digunakan untuk jurnal, 'scrapbook', mahupun 'planner'.
Selain itu boleh dijadikan sebagai elemen dekorasi tambahan
untuk mencantikkan jurnal (#notacantik).
Dalam set ini ada empat (4) keping stiker yang berlainan 'self-reminder'.
Ya, set stiker ini adalah 'handmade , printed and cut at our home studio'.
Penghasilan set stiker ini sangat istimewa dan dekat di hati.
Mudah-mudahan ia bermanfaat juga buat yang lain.
Selain digunakan di dalam buku, stiker ini juga boleh ditampal di;
- telefon bimbit, laptop, tablet, i-pad, kotak pensel, fail dan alat tulis yang lain.
- sesuai juga di cermin, dinding, meja, pintu, botol air dan
kalendar sebagai 'self-reminder' yang comel.
Stiker ini juga sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah buat
yang tersayang.
Saiz stiker ialah 13.5cm x 18.3cm
.
Kaedah penjagaan 'stiker'
- boleh ditanggalkan selepas diletakkan, namun daya lekatan akan berkurangan.
- jika ditampal di dinding, akan meninggalkan kesan kotoran pada dinding.
- material stiker jenis (glossy) adalah TIDAK kalis air.
- material stiker jenis (transparent) adalah sedikit kalis air.
Material terbahagi kepada dua. Jenis A dan jenis B.
Boleh pilih salah satu ataupun mahu kedua-duanya sekali, :)
Jenis A / (Set A)
Glossy sticker paper, kisscut stickers (custome shape).
Tidak kalis air.
.
Jenis B / (Set B)
Transparent sticker paper, kisscut stickers (custome shape).
Sangat sesuai digunakan bagi objek berwarna latar putih.
Sedikit kalis air.
.
.
NOTA: Buat masa ini, kami TIDAK menjual 'sticker' ini secara 'loose item'
Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Insya Allah.
.
.
Sekejap! Untuk jimat 'postage', boleh juga dapatkan
item berikut untuk diposkan sekali nanti ;)
.
.