![Sesi ONLINE Doodle@CutiSekolah_'Doodle Apa Di Sekolah' [KELAS TAMAT] Sesi ONLINE Doodle@CutiSekolah_'Doodle Apa Di Sekolah' [KELAS TAMAT]](https://ineststudio.onpay.my/media/forms/51-doodle_apa_di_sekolah-1630913517.jpg)

Doodle@CutiSekolah
~'Doodle' Apa Di Sekolah~

Raikan bakat, kembangkan minat dengan
sesi 'Doodle@CutiSekolah' secara 'Online'
bersama kami di iNesT Studios,
.
Terbuka buat ibu bapa, anak-anak, guru,
pelajar dan sesiapa saja
yang minat 'menconteng'.
yang minat 'menconteng'.
.
Cadangan umur bagi kanak-kanak
(supaya pembelajaran berkesan)
adalah 5 tahun dan ke atas.
.
.
Bilakah Sesi Ini Berlangsung?
.
18 September 2011 (Sabtu)
10.00 - 11.00 pagi
(1jam)
.
.
Di Manakah Sesi Ini Berlangsung?
.
.
Tempat:
Kediaman masing-masing
(menggunakan platform Google Meet)
.
.
Apakah Yang Akan Dipelajari?
.
1. Senaman jari jemari dan
pengenalan asas tentang 'doodle'.
2. Sesi menconteng (doodle) bersama-sama.
3. Menghasilkan karya 'doodle' berdasarkan
tema dengan menarik, Insya Allah.
4. Perkongsian nilai baik mengikut tema.

.
.
Berapakah Yuran Penyertaan?
.
RM 10/seorang
(lebih jimat untuk pendaftaran tiga orang ke atas)
Mahu rakaman?
Tambah RM5
#Boleh tonton berulang kali
.
Apa Alatan Yang Diperlukan?
1. Buku 'doodle' atau buku conteng masing-masing.
(atau boleh gunakan 'printing paper' saiz A4)
2. Pen hitam. Pen pelbagai warna (pilihan)
Siapakah Yang Membimbing Peserta?
.
Sesi Online 'Doodle@CutiSekolah' akan dikendalikan oleh
Puan Wan Junaidah Dasuki (Teacher Ajue) yang memulakan minat
Seni Doodle sejak 2018. Beliau mempunyai pendidikan
dalam bidang Sains Pendidikan dan sekarang
menjadikan minat pada seni #tulisdanlukis sebagai
medium menyampaikan kebaikan serta berkongsi minat.
.
Mempelajari 'seni doodle' dan cabang seni lain melalui kelas-kelas
fizikal dan secara 'online'. Suka dan pernah menghasilkan
produk fizikal daripada hasil 'doodle' seperti t-shirt,
bekas pensel, tudung, totebag dan lain-lain.
Mempunyai kemahiran dalam olahan imej digital.
.
Teacher Ajue banyak mengendalikan kelas melukis seni Doodle
secara berkumpulan dan 'one-to-one'. Beliau menjalankan
program-program bakat jemputan secara persendirian,
institusi awam dan juga swasta. Pernah bekerjasama dengan
penggiatbakat lain dan menjalankan kelas-kelas
bimbingan pembangunan pelatih bakat.
.
Beliau juga menguruskan pelbagai tawaran kelas-kelas
bakat bagi pelbagai peringkat
di bawah nama iNesT Talent Studios.

.
Boleh 'follow' dan ikuti perkongsian beliau
di FB & Instagram melalui link di bawah:

Penyertaan akan disahkan setelah bayaran diterima.
Semak email bagi mendapatkan pautan ke group Whatsapp
untuk komunikasi seterusnya.
011-3300 1016
