Akaun ineststudio.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Sesi ONLINE 'DIY@CutiSekolah'_Anyaman Kertas [KELAS TAMAT]

'DIY@CUTISEKOLAH'
~Anyaman Kertas~


Raikan bakat dan kembangkan minat anak-anak
dengan sesi 'DIY@CutiSekolah'
secara 'online' bersama kami di iNesT Studios.
.
Terbuka buat kanak-kanak yang minat seni kraf tangan
dan ingin beraktiviti serta berkreativiti
pada cuti sekolah ini di kediaman masing-masing.
.
Cadangan umur bagi kanak-kanak yang sesuai
untuk menyertai sesi DIY ini
ialah antara 10 tahun ke atas.
.
.
Bilakah Kelas Berlangsung?

Tarikh:  
16 September 2021 (Khamis)

Masa: 
9.30 - 10.45 pagi
(Satu jam lima belas minit)
.
.

Di Manakah Kelas Berlangsung?
.
Tempat : 
Kediaman masing-masing
(menggunakan platform Google Meet)
.
.

Apakah Yang Akan Dipelajari?

1. Peserta berkreativiti dengan bahan
asas dan terpakai. 

2. Menghasilkan sebentuk anyaman lapik
cawan menggunakan bahan terpakai.

3. Melatih dan mendidik peserta
supaya bertenang, sabar dan mampu mengawal emosi
ketika melakukan aktiviti.

4. Hampir semua seni kraf dapat memajukan
" Fine Moto Skill" iaitu koordinasi tangan,
jari-jemari serta mata untuk lebih fokus. 

.
.

Berapakah Yuran Penyertaan?
.
Yuran : RM 12/seorang
(lebih jimat untuk pendaftaran tiga orang ke atas)

Mahu rakaman kelas? 
Tambah RM5
Boleh tonton berkali-kali.
.
Apakah Bahan Yang Diperlukan?


1. Majalah Lama
2. Lidi Panjang
3. Gam & Gunting
4. Klip / Penyepit Baju
5. Spray Yang Berisi Air

.
.

Siapakah Yang Akan
Membimbing Para Peserta?
.
Sesi Online 'DIY@CutiSekolah' akan dikendalikan oleh
Puan Julie Zaini (Teacher Julie) yang berpengalaman luas
dalam bidang seni tangan & jahitan. Beliau telah
mendapat latihan khusus di dalam bidang kraftangan
anjuran MARA, Pusat Kraftangan Epal (Sewing World Gallery)
dan beberapa lagi institusi latihan kemahiran tempatan.
Beliau juga memiliki Sijil Kemahiran Mara, SKM (Tahap 1 - 3). 
.
Dengan pengalaman tersebut, Puan Julie telah
memulakan perniagaan sendiri
dengan menghasilkan produk berkaitan
jahitan dan seni tangan.
.
Beliau pernah ditemuramah secara eksklusif di RTM (TV1)
dalam slot berkaitan aktiviti seni kraftangan serta
kisah perjalanan beliau di dalam bidang ini
pernah muncul di media cetak Mingguan Wanita dan Majalah Rapi.
.
Walaupun Puan Julie adalah suri rumah sepenuh masa,
beliau masih meneruskan minat dan meraikan bakat
di dalam bidang tersebut. Pelbagai produk dan hasil seni tangan
telah beliau hasilkan dan mempunyai peminatnya
yang tersendiri. Sejak beberapa tahun ini, Puan Julie
telah mula berkongsi ilmu dan pengalaman
beliau dengan menjadi tenaga pengajar dan
pembimbing di dalam beberapa program anjurannya
sendiri dan pihak swasta.


Boleh 'follow' dan ikuti perkongsian Puan Julie
di 'FB Profile & Page' melalui link di bawah:


.
.





Penyertaan akan disahkan setelah bayaran diterima.
 Semak email bagi mendapatkan pautan ke group Whatsapp
untuk komunikasi seterusnya. 

011-3300 1016


"Bantuan? Klik Sini"