
BUKU PESAN BUAT DIRI (SIRI 2)
“Menulis dan melukis sebagai pesan buat diriku
untuk dekat dengan Tuhan”
#tulisdanlukis
Buku ini merupakan kesinambungan buku 'Pesan Buat Diri Siri 1' yang mengkhususkan tentang doa dari Al-Quran. Dalam perjalanan Ajue Dasuki mempelajari ilmu Al-Quran, beliau mendapati banyak doa yang dirakamkan dalam kitab suci tersebut. Dan doa terbaik yang boleh dibaca adalah doa dari Al-Quran. Kerana ia adalah doa yang diajar oleh Allah kepada utusan-Nya. Maka adalah baik kita menghafalnya dan memaknainya.
Terdapat 11 doa dari Al-Quran yang dimuatkan dalam buku ini. Ditampilkan bersama 'doodle' untuk menimbulkan minat buat diri beliau supaya lebih mudah dan seronok untuk dihafal. Doa ditulis dalam Bahasa Arab bersama terjemahan supaya dapat memahami doa yang dibaca.
Catatan #tulisdanlukis ini adalah terinspirasi dari satu hadis ini,
"Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain"
(HR Ad-Daruquthni dan At-Tirmidzi)
Ia juga secara tersirat adalah satu perjalanan beliau memperbaiki diri dekat kepada yang Maha Pencipta. Setiap 'artwork' yang dihasilkan ada cerita di sebaliknya yang terkait dengan perisitiwa diri sendiri. Beliau juga berharap dapat 'meluruskan' bakat yang diberikan oleh Allah ke jalan kebaikan. Insya Allah.
Akhirnya penghasilan buku ini diharap dapat menjadikan koleksi ‘doodle’ beliau tersimpan secara sistematik dan tersusun. Paling utama adalah dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Mudah-mudahan jadi asbab jalan kebaikan buat yang lain juga. Insya Allah.
Mengapa Perlu Ada Koleksi Buku Ini?
1. Menawarkan pengisian rohani kendiri berasaskan potongan ayat-ayat Al-Quran yang juga adalah doa.
2. Memaparkan lukisan seni ‘doodle’ yang unik dengan tujuan menjelaskan maksud potongan ayat Al-Quran berkenaan dengan penyampaian secara simbolik.
3. Mempunyai sentuhan ‘personal’ pada setiap ‘doodle’ yang dilukis.
4. Memiliki buku ini seperti memiliki nota sendiri kerana ‘pesan buat diri’ ditulis secara monolog.
5. Boleh menambah elemen ‘doodle’ dalam catatan nota sendiri apabila merujuk ‘doodle’ yang dipaparkan dalam buku. Secara tak langsung boleh dijadikan rujukan untuk buat #notacantik sendiri.
6. Buku bersaiz mini, ringan, untuk mudah dibawa di dalam beg tangan, dan di dalam kereta. Sangat sesuai untuk dijadikan teman semasa ‘travel’.
7. Boleh dibaca di mana-mana dan bila-bila masa. Contoh semasa tunggu suami datang ambil di tempat kerja, masa lapang sebelum masuk mengajar, masa lapang dalam ‘grab car’, di kafe , sambil tunggu anak-anak syurga balik sekolah/ tuisyen dan lain-lain.
8. Sebagai buku rujukan aktiviti bersama ibu bapa dan anak-anak syurga. Boleh lukis semula lukisan ‘doodle’ yang ada dan ditambah dengan ayat Al-Quran sebagai pesanan buat diri sendiri.
9. Sebagai salah satu ‘tools’ untuk sentiasa ingatkan dekat diri sendiri untuk beramal dengan pesanan yang ada dalam Al-Quran.
Ciri-Ciri Tambahan
1. Kualiti cetakan buku yang baik.
5. Pembungkusan menarik dan istimewa, membawa rasa istimewa buat penerima.
Tambahkan Untuk Yang Teristimewa...
Inginkan sesuatu yang lebih istimewa? Boleh ‘request’ kad ucapan jika mahu hadiahkan kepada orang lain mahupun untuk diri sendiri. Kad ucapan ini sangat istimewa dengan tulisan tangan, 'personal touch'.
Perkongsian yang ditampilkan secara kreatif ini hanya RM28.00 sahaja senaskah.
Dapatkan koleksi buku “Pesan Buat Diri Siri 2” ini sementara stok masih ada.
Terma & Syarat :
1. Semua pembelian adalah melalui sistem belian online.
2. Sila masukkan semua maklumat yang diperlukan dan pastikan ianya betul untuk mengelakkan sebarang masalah kepada tempahan yang dibuat.
3. Pembayaran yang sah diterima oleh sistem akan diberikan resit rasmi dari sistem pembayaran. Sila rujuk e-mail yang didaftarkan untuk sebarang notifikasi.
4. Jika ingin menghadiahkan Buku Siri 2 ini kepada seseorang, mohon masukkan Nama dan Alamat Penerima di bahagian yang disediakan beserta Nota Tambahan jika ada.
5. Tiada pemulangan bayaran dibuat kepada semua transaksi belian yang telah berjaya dan disahkan oleh sistem.
6. Jika ada sebarang soalan, mohon hubungi pihak Admin terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran untuk mengelak sebarang kesilapan. Klik butang 'Whatsapp' untuk bantuan.
Selamat menghafal , memaknai doa dan berpesan buat diri sendiri...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sudah miliki buku Siri 1 'Quran Quotes'? Jika belum, boleh dapatkan pakej Kombo untuk lebih jimat.
Klik di bawah:
.
.
.
.
.
.
.
.
Atau terus saja dapatkan buku Siri 2