
BUKU PESAN BUAT DIRI
(SIRI 1 & SIRI 2)
“Menulis dan melukis sebagai pesan buat diriku
untuk dekat dengan Tuhan”
#tulisdanlukis
Buku foto ini asalnya merupakan kompilasi ‘artwork’ tulisan dan lukisan Puan @AjueDasuki yang telah dicatat di dalam buku nota mahupun kertas kraf sebagai simpanan peribadinya. Sebahagian 'artwork' tersebut telah banyak beliau kongsikan di media sosial semenjak tahun 2019 lagi dan mendapat respon yang positif dari pembaca dan pengikut beliau di Facebook & Instagram.
Sebagai pengenalan ringkas, Puan @AjueDasuki pernah mengajar dan bertugas sebagai seorang guru. Kini beliau menjadikan minat pada seni #tulisdanlukis sebagai medium menyampaikan kebaikan serta berkongsi minat. Beliau banyak mengendalikan kelas melukis seni Doodle sejak 2018 secara berkumpulan dan 'one-to-one' serta pernah menjalankan program-program bakat jemputan di program anjuran pihak persendirian, institusi awam dan swasta.
Menjadikan seni Doodle sebagai 'forte' beliau untuk menyampaikan kebaikan, kini Puan @AjueDasuki sudah mula mendapat perhatian ramai dengan tulisan dan lukisan beliau yang kreatif dan islamik. Boleh 'follow' dan ikuti perkongsian beliau di Facebook & Instagram:
Catatan #tulisdanlukis ini adalah terinspirasi dari satu hadis ini,
"Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat bagi orang lain"
(HR Ad-Daruquthni dan At-Tirmidzi)
Ia juga secara tersirat adalah satu perjalanan beliau memperbaiki diri dekat kepada yang Maha Pencipta. Setiap 'artwork' yang dihasilkan ada cerita di sebaliknya yang terkait dengan perisitiwa diri sendiri. Beliau juga berharap dapat 'meluruskan' bakat yang diberikan oleh Allah ke jalan kebaikan. Insya Allah.
Pakej Buku Siri 1 & Siri 2 adalah kombo istimewa. Gandingan Siri 1 dan Siri 2 ini membantu pembaca mengenali beberapa 'Quran Quotes' & '11 Doa Dari Al-Quran.
Elemen 'doodle' dalam kedua-dua siri ini ditampilkan untuk menimbulkan minat untuk mudah dan seronok untuk dihafal.
Akhirnya penghasilan buku ini diharap dapat menjadikan koleksi ‘doodle’ beliau tersimpan secara sistematik dan tersusun. Paling utama adalah dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Mudah-mudahan jadi asbab jalan kebaikan buat yang lain juga. Insya Allah.
Mengapa Perlu Ada Koleksi Buku-Buku Ini?
1. Menawarkan pengisian rohani kendiri berasaskan potongan ayat-ayat Al-Quran yang juga adalah doa.
2. Memaparkan lukisan seni ‘doodle’ yang unik dengan tujuan menjelaskan maksud potongan ayat Al-Quran berkenaan dengan penyampaian secara simbolik.
3. Mempunyai sentuhan ‘personal’ pada setiap ‘doodle’ yang dilukis.
4. Memiliki buku ini seperti memiliki nota sendiri kerana ‘pesan buat diri’ ditulis secara monolog.
5. Boleh menambah elemen ‘doodle’ dalam catatan nota sendiri apabila merujuk ‘doodle’ yang dipaparkan dalam buku. Secara tak langsung boleh dijadikan rujukan untuk membuat #notacantik sendiri.
6. Buku bersaiz mini, ringan, untuk mudah dibawa di dalam beg tangan, dan di dalam kereta. Sangat sesuai untuk dijadikan teman semasa ‘travel’ atau bacaan ringan di ruang tamu rumah.
7. Boleh dibaca di mana-mana dan bila-bila masa mengikut keselesaan sendiri.
8. Sebagai buku rujukan aktiviti bersama ibu bapa dan anak-anak syurga. Boleh lukis semula lukisan ‘doodle’ yang ada dan ditambah dengan ayat Al-Quran sebagai pesanan buat diri sendiri.
9. Sebagai salah satu ‘tools’ untuk sentiasa ingatkan dekat diri sendiri untuk beramal dengan pesanan yang ada dalam Al-Quran.
Ciri-Ciri Tambahan
1. Kualiti cetakan buku yang baik.
5. Pembungkusan menarik dan istimewa, membawa hati dan rasa istimewa buat penerima.
Tambahkan Untuk Yang Teristimewa...
Inginkan sesuatu yang lebih istimewa? Boleh ‘request’ kad ucapan jika mahu hadiahkan kepada orang lain mahupun diri sendiri. Kad ucapan ini sangat istimewa dengan tulisan tangan, 'personal touch'.


Perkongsian yang bermakna, bermanfaat dan ditampilkan secara kreatif ini boleh didapati dengan tanda harga
RM 54.00 sahaja
untuk satu set kombo Siri 1 & Siri.
(harga tidak termasuk kos penghantaran)
Terma & Syarat :
1. Semua pembelian adalah melalui sistem belian online.
2. Sila masukkan semua maklumat yang diperlukan dan pastikan ianya betul untuk mengelakkan sebarang masalah kepada tempahan yang dibuat.
3. Pembayaran yang sah diterima oleh sistem akan diberikan resit rasmi dari sistem pembayaran. Sila rujuk e-mail yang didaftarkan untuk sebarang notifikasi.
4. Jika ingin menghadiahkan Buku Siri 1 & 2 ini kepada seseorang, mohon masukkan Nama dan Alamat Penerima di bahagian yang disediakan beserta Nota Tambahan jika ada.
5. Tiada pemulangan bayaran dibuat kepada semua transaksi belian yang telah berjaya dan disahkan oleh sistem.
6. Jika ada sebarang soalan, mohon hubungi pihak Admin terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran untuk mengelak sebarang kesilapan. Klik butang 'Bantuan?' untuk berhubung dengan pihak Admin.
Apa Kata Mereka Yang Sudah Memiliki Buku Ini?
Selamat membaca dan berpesan buat diri sendiri...