![Sesi BERSEMUKA Doodle@BelajarApa 'Jurnal Ramadan' [KELAS TAMAT] Sesi BERSEMUKA Doodle@BelajarApa 'Jurnal Ramadan' [KELAS TAMAT]](https://ineststudio.onpay.my/media/forms/86-belajar_apa_jurnal_ramadan-1647919908.jpg)
Doodle@BelajarApa?
~Jurnal Ramadan~

Raikan bakat, kembangkan minat dengan
sesi 'Doodle@BelajarApa?' secara ''bersemuka'
bersama kami di iNesT Studios,
.
Sesi kali ini istimewa buat yang mahu 'refresh'
mahupun ulangkaji bersama-sama subjek 'Ramadan'
dengan catatan kreatif dan 'doodle'.
(Cadangan umur peserta 12 tahun dan ke atas)
Mencatat aktiviti semasa Ramadan bersama-sama keluarga
Insya Allah memberikan makna tersendiri.
Apatah lagi apabila kita membaca semula apa
yang dicatat selepas selesai Ramadan,
mahupun pada Ramadan akan datang pula.
Ramadan bulan tarbiah dan bulan mulia.
Mudah-mudahan dengan persediaan ini
dapat menjadikan Ramadan kali ini lebih
bermakna dan istimewa. Insya Allah.
Jemput hadir 'menconteng' dan berkreativiti.
dengan tema Ramadan.
(Boleh hadir ibu & anak)
(Mohon maklumkan kepada admin untuk patuhi SOP)
.


.
.
Bilakah Sesi Ini Berlangsung?
.
26 Mac 2022 (Sabtu)
11.00 pagi - 1.00 petang
(2 jam)
.
.
Di Manakah Sesi Ini Berlangsung?
.
.
Tempat:
iNesT Studio, Setia Alam
(Insya Allah tempat yang selesa dan selamat)
(Waze: iNesT Talent Studios)
.
.
Apakah Yang Akan Dipelajari?
.
1. Senaman jari jemari dan
pengenalan asas 'doodle' & jurnal.
2. Melukis eleman-eleman Ramadan.
3. Menghasilkan 'muka hadapan' Jurnal Ramadan.
4. Mengetahui cara menggunakan
Set 'Sticker Ramadan' dalam jurnal Ramadan.
.
.
Berapakah Yuran Penyertaan?
.
RM60/seorang
(Yuran sudah termasuk 1 unit buku 'dotted'
dan Set 'Ramadan Sticker' yang istimewa
daripada iNest.)
.
(Set 'Ramadan Sticker' istimewa daripada iNest)
Siapakah Yang Membimbing Peserta?
.
Sesi 'Doodle@BelajarApa?' akan dikendalikan oleh
Puan Wan Junaidah Dasuki (Teacher Ajue) yang memulakan minat
Seni Doodle sejak 2018. Beliau mempunyai pendidikan dalam
bidang Sains Pendidikan dan sekarang menjadikan
minat pada seni #tulisdanlukis sebagai
medium menyampaikan kebaikan serta berkongsi minat.
.
Mempelajari 'seni doodle' dan cabang seni lain melalui kelas-kelas
fizikal dan secara 'online'. Suka dan pernah menghasilkan
produk fizikal daripada hasil 'doodle' seperti t-shirt,
bekas pensel, tudung, totebag dan lain-lain.
Mempunyai kemahiran dalam olahan imej digital.
.
Teacher Ajue banyak mengendalikan kelas melukis seni Doodle
secara berkumpulan dan 'one-to-one'. Beliau menjalankan
program-program bakat jemputan secara persendirian,
institusi awam dan juga swasta. Pernah bekerjasama dengan
penggiatbakat lain dan menjalankan kelas-kelas
bimbingan pembangunan pelatih bakat.
.
Beliau juga menguruskan pelbagai tawaran kelas-kelas
bakat bagi pelbagai peringkat
di bawah nama iNesT Talent Studios.

.
Boleh 'follow' dan ikuti perkongsian beliau
di FB & Instagram melalui link di bawah:

Penyertaan akan disahkan setelah bayaran diterima.
Tempat amat terhad. Daftar segera!
*Makluman: Penarikan diri di saat akhir atas
pelbagai sebab, fi yuran tidak akan dikembalikan.
011-3300 1016
