Akaun ineststudio.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Sesi BERSEMUKA Doodle@BelajarApa 'Jurnal Langkah Pertama'  [KELAS TAMAT]
Doodle@BelajarApa?
~Jurnal , langkah pertama~


Raikan bakat, kembangkan minat dengan
sesi 'Doodle@BelajarApa?' secara ''bersemuka'
bersama kami di iNesT Studios,
.
Terbuka buat ibu bapa, anak-anak, guru,
pelajar dan sesiapa saja
yang minat 'menconteng'.
(boleh hadir ibu dan anak)
.
Cadangan umur bagi kanak-kanak
(supaya pembelajaran berkesan)
adalah 8 tahun dan ke atas.




.
.
Bilakah Sesi Ini Berlangsung?
.

 19 Februari 2022 (Sabtu)

 10.00 pagi - 12.00 tgh
(2 jam)
.
.

Di Manakah Sesi Ini Berlangsung?
.
Tempat:
iNesT Studio, Setia Alam
(Insya Allah tempat yang selesa dan selamat)
(Waze: iNesT Talent Studios)
.
.

Apakah Yang Akan Dipelajari?
.
1. Pengenalan tentang 'doodle' dan apa itu jurnal.
2. Belajar mulakan 'doodle' dengan konsep jurnal.
3.  Menghasilkan 'bullet journal' dengan kaedah
menarik (mixed media). Insya Allah.
4. Perkongsian nilai baik mengikut tema. Kali ini
tema kebaikan sebesar zarah.

.
.

Berapakah Yuran Penyertaan?
.
RM35/seorang
(tidak termasuk dotted notebook)


.


Apa Alatan Yang Diperlukan?


1. Dotted notebook /100gsm

Jika ada di rumah boleh bawa sendiri.

Jika tiada, boleh dapatkan dengan studio.

2. Pen hitam. Pen pelbagai warna (pilihan)

3. Kertas kraf, gam, washi tape dan sticker.


Istimewa untuk sesi BERSEMUKA, item 2 & 3 

DISEDIAKAN oleh pihak studio. 

Tambahan 'art supplies' menarik yang lain.  


ATAU


Jika mahukan set item di atas sebagai

koleksi peribadi,

boleh dapatkan dalam

Set Nota Cantik (Upgrade Version).

Lebih jimat dan boleh guna lama. 


Set Nota Cantik (Upgrade Version)




Khas sesi bersemuka, 

kudapan ringan dan nota ringkas disediakan.


.


Siapakah Yang Membimbing Peserta?
.
Sesi  'Doodle@BelajarApa?' akan dikendalikan oleh
Puan Wan Junaidah Dasuki (Teacher Ajue) yang memulakan minat
Seni Doodle sejak 2018. Beliau mempunyai pendidikan dalam
bidang Sains Pendidikan dan sekarang menjadikan
minat pada seni #tulisdanlukis sebagai
medium menyampaikan kebaikan serta berkongsi minat.
.
Mempelajari 'seni doodle' dan cabang seni lain melalui kelas-kelas
fizikal dan secara 'online'. Suka dan pernah menghasilkan
produk fizikal daripada hasil 'doodle' seperti t-shirt,
bekas pensel, tudung, totebag dan lain-lain.
Mempunyai kemahiran dalam olahan imej digital.
.
Teacher Ajue banyak mengendalikan kelas melukis seni Doodle
secara berkumpulan dan 'one-to-one'. Beliau menjalankan
program-program bakat jemputan secara persendirian,
institusi awam dan juga swasta. Pernah bekerjasama dengan
penggiatbakat lain dan menjalankan kelas-kelas
bimbingan pembangunan pelatih bakat.
.
Beliau juga menguruskan pelbagai tawaran kelas-kelas
bakat bagi pelbagai peringkat
di bawah nama iNesT Talent Studios.



.
Boleh 'follow' dan ikuti perkongsian beliau
di FB & Instagram melalui link di bawah:







Penyertaan akan disahkan setelah bayaran diterima.
 Tempat amat terhad. Daftar segera! 

*Makluman: Penarikan diri di saat akhir atas
pelbagai sebab, fi yuran tidak akan dikembalikan. 

011-3300 1016


"Bantuan? Klik Sini"